Perak Silver Youth
Like

Zakat Pendapatan: Skuad Perak Sudah Buat Pasukan Lain Bila Lagi?

23/03/2018
51 Views
0 Comments
1 minute read
Zakat Pendapatan: Skuad Perak Sudah Buat Pasukan Lain Bila Lagi?

Baru-baru ini, barisan kejurulatihan dan pemain-pemain Liga Super Perak difahamkan telah mengadakan perjumpaan dengan pihak Majlis Agama Islam Perak (MAIPk).

Bagus betul pendekatan yang diambil barisan pemain dan jurulatih skuad The Bos Gaurus. Menang atau kalah, paling penting pendapatan yang diperolehi berkat berlandaskan syariah. 

Mungkin skuad FAM boleh guna cara yang sama seperti PAFA lakukan. Bukan hanya cipta drama demi drama.

Dari mengkritik antara satu sama lain, apa kata FAM bawa barisan pemain dan jurulatih skuad Harimau Malaya membayar zakat. Berkat sikit pendapatan. Paling penting, tak adalah asyik kalah je.

Sepatutnya, perkara-perkara baik seperti ini bukan FAM je buat, semua skuad-skuad bola sepak yang ada wajar ambil pendekatan sama.

Jangan nak harapkan pemain bergerak sendiri, organisasi atau persatuan yang mewakili setiap pasukan sepatutnya ada initiatif.

Inilah antara peranan persatuan bola sepak, dalam aspek menguruskan hal ehwal barisan pemain dan jurulatih, soal zakat pendapatan tidak seharusnya diketepikan.

Kita cadangkan, semua organisasi atau persatuan bola sepak, ayuh ambil pendekatan ini. Semoga sukan bola sepak negara lebih cemerlang dan berkat.

Komen & Pendapat