Santai
1

Program Jom Berkhatan Dan Hari Terbuka Ar-Ridzuan 2017 Lancar Dengan Jayanya

27/11/2017
79 Views
0 Comments
2 minutes read
Program Jom Berkhatan Dan Hari Terbuka Ar-Ridzuan 2017 Lancar Dengan Jayanya

Program Jom Berkhatan anjuran Pusat Perubatan Ar Ridzuan adalah merupakan acara tahunan yang diadakan setiap tahun sejak 2011. Pada tahun ini program berkhatan dijalankan bersama dengan Hari Terbuka Ar Ridzuan

Jumlah penyertaan pada tahun ini diramalkan mencecah 300 orang dimana prosedur berkhatan diadakan secara berperingkat. Peserta dan ibubapa diberi penerangan tentang penjagaan selepas berkhatan oleh Pegawai Perubatan Residen Pusat Perubatan Ar Ridzuan, Dr Muhammad Shukri bin Said.

Upacara siraman bomba akan disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad Tarmizi bin Taib sebagai simbolik kepada program berkhatan bagi tahun 2017.
Pusat Perubatan Ar Ridzuan amat berbesar hati kerana pada tahun  ini beberapa buah agensi  dan  Badan Bukan Kerajaan  serta  Individu  telah bermurah hati untuk menaja  seramai 45 orang yang terdiri daripada  anak-anak yatim-piatu, anak-anak dari kalangan asnaf serta anak-anak mualaf untuk bersama-sama meraikan program  kali ini .

Majlis Bandaraya Ipoh, As Syukran Agency, Kolej Di Raja Perak – UniKL , Fighters 9701 dan juga beberapa Individu adalah antara penaja yg menjayakan program ini dan penerima sumbangan adalah anak-anak dari:Pusat Pendidikan Al-Baraqah, Yayasan Amanah An-Nur, Maisara dan Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (Asnaf).

Selain dari program berkhatan, Pusat Perubatan Ar Ridzuan juga mengadakan Hari  Terbuka  dengan  menjalankan beberapa aktiviti semasa program dijalankan  seperti Pertandingan  Mewarna, Pertandingan Bercerita dan  Pemeriksaan Kesihatan secara percuma.  Pertandingan Mewarna dan Bercerita  ini diadakan khas untuk kanak-kanak berusia 05 hingga 12 tahun. Terdapat juga kaunter informasi dan makanan disediakan untuk pelanggan.Aktiviti ini adalah terbuka untuk pelanggan Ar Ridzuan dan orang awam.

 

gambar oleh Izuan Hazmin

Komen & Pendapat