Santai
Like

Terlupa Tanggalkan Mask Semalaman, Bangun Pagi Tak Boleh Buka Katanya

22/11/2017
45 Views
0 Comments
1 minute read
Terlupa Tanggalkan Mask Semalaman, Bangun Pagi Tak Boleh Buka Katanya
Viral di media sosial gambar seorang wanita yang mendakwa, produk kecantikan yang digunakannya tidak dapat ditanggalkan setelah menggunakannya lebih dari dari lima jam.
Menurut caption gambar tersebut:
“Pakai mask tu dari malam. Bangun pagi nak buka, tak boleh. Melekat di muka sampai berdarah,” kata sumber.
Bagaimanapun di media sosial, netizen mempersoalkan kesahihan gambar dan kejadian itu khususnya golongan wanita yang rata-rata mengatakan kejadian seperti itu tidak pernah berlaku.
“Aku pun pakai mask macam ni dan banyak kali tertidur sampai terlupa nak buka. Esok pagi baru buka, tak ada pula jadi macam ni. Dia letak apa? Scary juga tengok, sampai macam tu sekali. Ke dia guna gambar gajah sebab tu jadi begini? Pelik,” kata Naerah.
“Kalau kejadian ini benar, saya tak rasa dia boleh grab shawl, duduk depan pintu cari lighting dan kemudian pose. Confirmlah dia dah meroyan menggigil lari pergi ke hospital. Fake news saja ni, saja nak mencari publisiti murahan,” kata Cekodok Kepeng.
Meskipun ramai yang mengatakan kejadian itu tidak benar, ada segelintir netizen pula yang percaya, berdasarkan mata wanita berkenaan.
“Tapi kalau fake, tak akan mata dia merah juga? Nak kata edit, tak tahulah sebab tak pernah lagi try edit mata bagi merah. Apa pun doakan yang baik-baik,” kata Nur Fazlin.

Komen & Pendapat