Perak Silver Youth
Like

Program Explorasi Aliran Kerjaya Di UITM Tapah Flatform Perkongsian Idea

27/09/2017
39 Views
0 Comments
1 minute read
Program Explorasi Aliran Kerjaya Di UITM Tapah Flatform Perkongsian Idea

Program Eksplorasi Kerjaya oleh Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) bersama BS2M, UITM Tapah dan Dewan Belia Perak yang bertajuk Revolusi Perindustrian 4.0 sempena Pemukiman Menteri Besar Perak di Daerah Batang Padang.

Program ini disertai oleh pelajar pelajar tahun akhir UITM berlatar belakang pelbagai kursus telah membincangkan halatuju negara yg berkapita tinggi dengan kemunculan revolusi perindustrian dengan nama lain ‘ Grand Design ‘ yang menggabungkan elemen fizikal, digital dan biologi.

Seisi bermula dengan penerangan oleh wakil PEKA Cik Natasha, wakil MIDA Encik Sawadde dan Parlimen Belia Encik Naim Al Amin manakala sesi dialog oleh Exco Kerajaan Negeri YB Datuk Shahrul Zaman Dato Yahya, CEO MB inc Dato Aminuddin dan CEO PEKA Encik Ameron Rashidi.
Dalam dialog tersebut wakil pelajar menzahirkan rasa bimbang dengan kehilangan pekerjaan masa hadapan dan juga ruang antara golongang kelas atasan dan bawahan.
Sempat YB Datuk Shahrul mengatakan bahawa belia masa kini perlu ada nilai tambah dalam diri dan juga menguasai bidang bidang supaya tidak tercicir.

Kita tidak dapat menghalang arus kemajuan teknologi tetapi kita seharusnya mengambil peluang dan ruang untuk bersaing. Kita bimbang akan golongan buta huruf tetapi percaya atau tidak bahawa masa depan golongan buta IT akan sama seperti buta huruf.

Komen & Pendapat