Sukan
Like

PAOLO MALDINI PILIH DIEGO MARADONA DAN RONALDO SEBAGAI LAWAN PALING SUKAR SEPANJANG KARIER

11/09/2017
33 Views
0 Comments
2 minutes read
PAOLO MALDINI PILIH DIEGO MARADONA DAN RONALDO SEBAGAI LAWAN PALING SUKAR SEPANJANG KARIER

Legenda Itali dan AC Milan, Paolo Maldini mendedahkan bahawa legenda sensasi dunia, Diego Maradona dan Ronaldo Nazario De Lima adalah merupakan lawan paling sukar yang pernah beliau hadapi sepanjang kariernya.

Maldini telah membuat penampilan pertamanya bersama Rossoneri pada tahun 1985. Berselang 3 tahun kemudian, beliau berjaya meraih kejuaraan Serie A pertama buat dirinya dan ketika itu pasukan Maradona, Napoli berada ditempat kedua liga.

Musim sebelumnya berjaya dimenangi oleh Napoli untuk pertama kalinya atas sumbangan bermakna Maradona buat pasukan tersebut.

Maldini dan Maradona seringkali bertemu di padang samada dalam saingan Itali mahupun bersama skuad negara masing-masing.

Lebih sedekad kemudian, pemain di posisi pertahanan kiri yang mengemudi AC Milan dengan baik ketika itu  berdepan pula dengan ancaman seorang lagi legenda bola sepak dunia, Ronaldo dari Brazil.

Ronaldo ketika itu menyarung jersi musuh setempat Milan iaitu Inter Milan.

”Saya cukup beruntung kerana dapat bermain menentang Maradona dan Ronaldo. Mereka adalah lawan saya yang paling sukar untuk dihadapi,” jelas Maldini dalam satu wawancara bersama Bild.

Paolo Maldini

The Brazilian soccer player Ronaldo breaks through the Italian defense Fabio Cannavaro(5#) and Paolo Maldini(3#)during a French Tournament match which resulted in a three-all draw. (Photo by Franck Seguin/Corbis/VCG via Getty Images)

Maldini pernah mendapat bimbingan dari Arrigo Sacchi dan juga Carlo Ancelotti dalam penglibatannya selama 24 tahun bersama AC Milan yang menyaksikan beliau telah membuat lebih dari 900 penampilan bersama kelab dari zaman kanak-kanak beliau itu.

Beliau juga tidak teragak-agak untuk menyebut dua nama bekas pesaingnya di saingan Serie A sebagai antara pengurus terbaik ketika ini walaupun beliau turut meminati Jurgen Kloop.

”Pengurus terbaik ketika ini? Sukar untuk diperkatakan. Terdapat ramai pengurus yang baik seperti Diego Simeone. Mungkin juga Zinedine Zidane, tetapi dia masih kekurangan pengalaman. Saya turut menyukai apa yang dilakukan oleh Jurgen Kloop di Liverpool dan bagaimana dia melakukannya di Dortmund.

Simeone pernah beraksi di Serie A pada tahun 1997 hingga 2003 apabila beraksi bersama Inter Milan dan Lazio manakala Zinedine Zidane bermain untuk Juventus dari tahun 1996 hingga 2001.- semuanyabola.com

Komen & Pendapat