Perak Silver Youth
Like

Kem Perwakilan Dewan Undangan Negeri Belia Perak Sidang Kedua Siri 1 Di Kampar

14/08/2017
72 Views
0 Comments
1 minute read
Kem Perwakilan Dewan Undangan Negeri Belia Perak Sidang Kedua Siri 1 Di Kampar

 

Kem Perwakilan Dewan Undangan Negeri Belia Perak Siri 1 untuk Sidang ke 2 telah berlangsung selama 3 hari pada 11hb hingga 13hb Ogos di Kompleks Rakan Muda Batu Putih Kampar. Seramai 68 orang telah berdaftar pada hari jumaat dan pada malam harinya YB Ziad ADUN Kawasan Manjoi merangkap Timbalan Speaker 1 Dewan Perwakilan DUN Belia Negeri Perak telah menyempurnakan ucapan alu aluan. Turut serta pada malam tersebut adalah Saudara Hasnul Fairuz Timbalan Speaker 2, Saudara Iqbal Dinzy merangkap Setiausaha Dewan dan Saudara Adzili Mohammad Amri merangkap Timbalan Setiausaha Dewan.

Sepanjang Kem ini berlangsung pelbagai program dan kelas telah dilaksanakan bagi persediaan peserta untuk memantapkan diri sebagai Wakil Dewan Perwakilan DUN Belia Negeri Perak untuk Sidang ke dua untuk tahun 2018-2019. Antara pengisian yang disediakan pihak sekretariat adalah latihan pengucapan awam dan cara2 mengupas isu untuk dibahaskan. Pihak Institut Darul Ridzuan (IDR) dipertanggungjawabkan menyediakan urusetia dan facilitator untuk kem ini.

Hingga ke proses temuduga dari 68 orang peserta hanya 63 orang berjaya hingga ke proses akhir. Dalam 63 orang peserta yang terlibat 6 orang berbangsa India, 4 orang berbangsa Cina dan 53 orang Melayu manakala 11 daripada mereka adalah wanita. Pada 18hb Ogos ini akan diadakan sekali lagi Kem Perwakilan Belia Negeri Perak Sidang Kedua siri 2 yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Taiping.

 

Komen & Pendapat