Perak Silver Youth
Like

MBN Perak-CYC Bakal Adakan Program Libatkan Belia Tempatan Dan Antarabangsa

19/07/2017
68 Views
0 Comments
2 minutes read
MBN Perak-CYC Bakal Adakan Program Libatkan Belia Tempatan Dan Antarabangsa

BEHRANG: Majlis Belia Negeri (MBN) Perak akan menganjurkan acara Forum Belia Antarabangsa di Ipoh yang bakal melibatkan seramai 300 belia antarabangsa dan tempatan.

Presidennya, Aswannudin Hariffudin berkata forum berkenaan merupakan hasil usahasama MBN Perak dengan Majlis Belia Komanwel (CYC) yang berpengkalan di London, England.

 

“Berikutan ushasama yang terjalin antara CYC dan MBN Perak, kita bakal mengadakan Forum Belia Antarabangsa di mana ia akan menjadi salah satu slot bagi program ‘Festival Of Ideas, yang dijangka akan diadakan pada September tahun ini”, katanya.

Tambah beliau, seramai 100 orang belia dari Perak, CYC, serta mahasisawa dan mahasiswi kelahiran Perak yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Seluruh negara bakal terlibat dalam forum berkenaan.

 

“Program ini antara lain merupakan satu platform untuk para belia menyumbangkan idea di samping bertukar pandangan antara belia tempatan dan antarabangsa di peringkat negara dan global.

“Pada jumaat ini pula, saya akan ke Kuala Lumpur, dan akan mengadakan satu lagi siri mesyuarat dengan CYC berkenaan dengan program ini”, kata Aswannudin.

Beliau berkata demikian selepas program Silver Youth Leadership Talk (SILK) bersama mantan presiden MBN Perak, Khairul Anuar El- Syazali Musa, di Politeknik Sultan Azlan Shah, dekat sini, pada Rabu.

 

Khairul yang juga merupakan Pengetua Madrasah Al-Idrisiah Kuala Kangsar berkata, para pelajar harus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan dan juga aktiviti luar kelas sebagai persediaan menjadi belia dan juga pemimpin berkualiti pada masa akan datang.

 

“Para pelajar harus menjadikan keterlibatan dalam aktiviti kesukarelawanan dan kokurikulom kerana ia akan membentuk jati diri para belia yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang”, katanya ketika menyampaikan ucapan dalam program tersebut dihadapan kira-kira 200 orang pelajar.

Komen & Pendapat