Perak Silver Youth
Like

Orang Perak Kena Tahu Sejarah ‘Kejor Yeop Kejor’

20/04/2017
248 Views
0 Comments
2 minutes read
Orang Perak Kena Tahu Sejarah ‘Kejor Yeop Kejor’

Perak telah mempunyai pasukan sendiri sejak tahun 1921, dan merupakan antara anggota awal semasa penubuhan Football Association of Malaysia (Official) pada tahun 1926. Pada tarikh 18 April 1951, pasukan Perak FA telah didaftarkan secara rasminya.

Kini, pasukan tersebut dikenali sebagai Perak TBG F.C. atau Perak The Bos Gaurus.

Ini logo asal Perak sejak dahulu, berimej kepala seekor harimau yang dilingkungi dengan bunga padi, lambang rasmi pada jata negeri Perak. 

Tahun 1994, negeri Perak telah menganjurkan Sukan Malaysia atau SUKMA dengan haiwan liar yang sinonim di hutan tebal Perak, Seladang atau nama saintifiknya ‘Bos Gaurus’ dipilih sebagai maskot kejohanan.

Nama maskot Seladang itu adalah ‘Yeop’. Kartunis kebanggaan Malaysia yang berasal dari  Perak, Datuk Lat sendiri melukis figura ‘Yeop’ untuk Sukma 1994. Gelaran Yeop memang biasa untuk orang kebanyakan di Perak.

Nama skuad Seladang untuk negeri Perak jadi tular dan kian sinonim sehingga lah kini.

Slogan ‘Kejor Yeop Kejor’ pula jadi tular sejak satu peristiwa yang cukup signifikan dalam sejarah bola sepak Perak. Retro Bola Sepak pernah bingkiskan dahulu.

Peristiwa kebangkitan Perak di final Piala FA yang pertama pada tahun 1990 menentang musuh ketat, Selangor. Tamat separuh masa, Perak ketinggalan 0-2. Di teres penyokong Selangor mula sayup-sayup kedengaran laungan sindiran nakal berbunyi ‘Kejor lah Yeop Kejor’. Memang pasukan Perak ‘Kejor’ balik apabila bangkit untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Selangor.

Slogan ‘Kejor Yeop Kejor’ itu jadi azimat buat kontinjen Perak di mana-mana kejohanan atau acara pertandingan sekalipun.

Skuad bola sepak Perak, merupakan pasukan ketiga paling gemilang dari segi sejarah kecemerlangan kejuaraan yang ditempa, selepas Singapura dan yang paling hebat Selangor. Mana-mana pasukan kalau mahu jadi legenda, kena atasi rekod Perak dahulu, baharu boleh cerita.

Komen & Pendapat