Bisnes dan Usahawan
Like

Pengangguran di Malaysia masih rendah- Richard Riot

28/03/2017
160 Views
0 Comments
2 minutes read
Pengangguran di Malaysia masih rendah- Richard Riot

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot -GAMBAR Sumber Internet-

Lebih daripada 200,000 graduan berhadapan masalah pengangguran daripada kira-kira setengah juta atau 3.5 peratus individu yang berhadapan masalah sama daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.

Daripada jumlah itu, 103,224 graduan dikatakan tidak mampu memperoleh pekerjaan diingini sementara 100,390 lagi merupakan graduan yang telah diterima bekerja namun mengambil keputusan berhenti disebabkan berbagai faktor termasuk persekitaran tempat kerja dan kadar gaji yang tidak setimpal.

Perkara itu dijelaskan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot ketika menjawab isu yang diutarakan ketika sidang Dewan Rakyat, sebagaimana dilaporkan akhbar The Star minggu lepas.

Statistik pengangguran itu bagaimanapun dianggap masih kurang berbanding banyak lagi negara memandangkan 14.8 juta lagi rakyat Malaysia memperoleh pekerjaan.

“Jika kita mengambilkira penanda aras Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), mana-mana negara yang kadar penganggurannya kurang daripada empat peratus dianggap sebagai negara bebas pengangguran,” katanya sambil menambah kadar pengangguran bagi Amerika Syarikat adalah sebanyak 6.1 peratus.

Menjawab satu pernyataan Nga Kor Ming ( DAP-Taiping), Riot menjelaskan kerajaan akan mengekalkan kadar pekerjaan buruh asing tidak mahir di bawah 15 peratus menjelang 2020 dengan berbagai langkah yang telah diambil termasuk mengurangkan bilangan pekerja asing  kepada 1.8 juta sejak 2015.

Menurutnya, antara isu yang menyubang kepada masalah ini adalah hilangnya minat para graduan kepada beberapa sektor pekerjaan khususnya yang membabitkan 3D iaitu bahaya (dangerous), kotor (dirty) dan susah (difficult).

“Disebabkan inilah kerajaan terpaksa bergantung kepada pekerja warga asing memandangkan belia kita tidak berminat menceburi pekerjaan yang berkaitan 3D,” katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan sarananDatuk Fauzi Abdul Rahman (PKR- Indera Mahkota) mengenai pola fikir golongan belia di Malaysia yang perlu diubah sekiranya mereka seruis dalam mencari pekerjaan.

Sumber Asal: The Star

Komen & Pendapat