Perak Silver Youth
Like

Jangan kufuri nikmat air – MB Perak

28/03/2017
180 Views
0 Comments
2 minutes read
Jangan kufuri nikmat air – MB Perak

 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir -FOTO Ihsan Suara Perak-

IPOH: Rakyat negeri ini tidak seharusnya mensia-siakan kemewahan berupa sumber bekalan air yang sentiasa ada sepanjang tahun walaupun turut mengalami cuaca panas secara berselang-seli.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, rakyat Perak perlu bersyukur atas kurnian itu memandangkan hujan langsung tidak turun di sesetengah negara selain merujuk beberapa negeri di Malaysia yang mengalami krisis air secara berlarutan terutamanya sewaktu kemarau.

Katanya, terdapat  negara yang langsung tiada hujan hingga menimbullkan banyak masalah memandangkan air merupakan adalah keperluan terpenting bagi setiap organisma hidup selain menyifatkan beberapa negeri yang terpaksa menaikkan tarif air berikutan sumber airnya yang terhad.

“Selain faktor pemeliharaan khazanah alam termasuk sungai dan kawasan hutan yang menyumbang kepada ketahanan takungan air hujan, keunggulan Lembaga Air Perak (LAP) selaku badan yang menguruskan bekalan air di negeri ini turut mendorong kepada keadaan ini setelah dikatakan antara yang terbaik di  Malaysia.

“Tetapi di Malaysia, khususnya di Perak walaupun panas tetapi hujan tetap turun dan disebabkan itu kita tidak mempunyai masalah sumber air. Maka janganlah sesekali kita ambil mudah dengan nikmat itu sebaliknya perlu bersama-sama menjaga dan mengsyukurinya sebaik mungkin,” katanya sebagaimana laporan Suara Perak hari ini sempena Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2017 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Katanya lagi, dasar kerajaan negeri yang tidak membenarkan kawasan tadahan air diteroka seperti untuk kegiatan pembalakan turut menyumbang kepada keadaan ini seterusnya meminta kerjasama orang ramai agar segera melaporkan kepada badan berkuasa sekiranya mendapati terdapat aktiviti penebangan pokok di kawasan tadahan

Zambry bagaimanapun berkata pembangunan di negeri ini  perlu diimbangi dengan penjagaan alam dalam mengekalkan kadar rezab 50 peratus keluasan tanah di negeri Perak yang pada masa sekarang terdiri daripada hutan simpan.

SUMBER ASAL: Suara Perak

Komen & Pendapat