Perak Silver Youth
Like

TN50: Misi Untuk Pemimpin Di Masa Hadapan

09/03/2017
167 Views
0 Comments
2 minutes read
TN50: Misi Untuk Pemimpin Di Masa Hadapan

SERI ISKANDAR : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menganggap Transformasi Nasional 2050 (TN50) diwujudkan bagi membantu pemimpin di masa akan datang.

Menurut beliau, pendekatan yang digunakan itu bukanlah misi untuk pemimpin yang ada pada ketika ini sebaliknya ia adalah untuk generasi yang akan datang.

“Sebagai pemimpin yang ada pada hari ini, mereka perlu memikirkan demi masa depan rakyat, negara dan rupabentuk generasi yang akan dibentuk pada masa itu.

“Bila bicarakan tentang TN50, ianya bukan digagaskan bukan untuk zaman saya, tetapi untuk anak cucu kita.

“Pendekatan yang dilakukan dari bawah ini adalah untuk mendengar suara anak muda, iaitu generasi masa hadapan.

“Sebagai pemimpin, kita perlu mendengar suara anak-anak Perak yang mempunyai nilai-nilai keterampilan,”katanya ketika berucap di Siri Dialog TN50 di UiTM Seri Iskandar, malam tadi.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin menjadi moderator bagi program yang disiarkan secara langsung di RTM, malam tadi.

Zambry berkata lagi, generasi muda paa hari ini tidak lagi boleh dianggap sebagai anak kecil yang perlu ditunggu.

“Tidak ada istilah ‘tunggu’ untuk anak-anak muda. Kita kena mendengar suara anak-anak muda kerna suara mereka, masanya adalah sekarang.

“Lantaran itu, walaupun saya dan rakan-rakan di peringkat kepimpinan negara, kita kena tahu tentang aspirasi-aspirasi anak muda. Kita mencari bagaimana untuk memahami istilah, keinginan anak-ank muda sudah berubah dan sebagai pemimpin, kita kena akui itu,”ujarnya.

Zambry berkata lagi, beliau berharap agar generasi pada tahun 2050 menjadi generasi yang terbaik dan mempunyai kesimbangan tanpa mengira latarbelakang.

Paling penting, beliau berkata, generasi muda pada masa akan datang mempunyai nilai-nilai seimbang, akalnya hebat, rohaninya mantap dan jasadnya perkasa.

Komen & Pendapat